Azizan Abdul Razak
Pejabat Tanah
Posts  1 - 1  of  1
musliana80
Assalamualaikum Dato'

Saya ingin membuat aduan kepada dato' berkaitan mutu perkhidmatan Pejabat Tanah Sik Bahagian Teknikal. Pengalaman saya sendiri berurusan dengan kakitangan Pejabat Tanah Sik amat mengecewakan. Urusan yang sepatutnya boleh selesai dalam masa beberapa hari mengambil masa berbulan-bulan untuk diselesaikan kerana mereka tidak menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tidak berintegriti. Masuk lewat ke pejabat dan keluar masuk sesuka hati tanpa memikirkan urusan orang awam terutama warga emas yang terpaksa datang berulang kali untuk bertemu dengan pegawai yang sering tidak ada di pejabat dengan pelbagai alasan. pelbagai rungutan telah saya dengar dan mohon kerjasama Dato' untuk mengambil tindakan dan memantau Pejabat Tanah Sik supaya mereka menjalankan tugas mereka yang sepatutnya dan tidak menyusahkan orang lain dengan karenah mereka.
Save
Cancel
Reply
 
x
OK